awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad

Bernama
Bernama
21/02/2025
21:15 MYT
Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Roland Sagah (tiga, kanan) melihat dari dekat robot pintar tarian singa bakat ketika menghadiri Majlis Penutupan Hari Demo STEM Digital Sarawak. - Foto BERNAMA
KUCHING: Sarawak berhasrat membida sebagai tuan rumah World Robot Olympiad (WRO) tahun depan, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.
Beliau berkata ia selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
"Pelancaran Makeramai Makerspace hari ini adalah langkah penting ke arah membentuk ekosistem digital yang dinamik dan inklusif. Ia adalah ruang untuk pelajar, penyelidik dan usahawan memanfaatkan teknologi inovatif, berkolaborasi merentas disiplin dan menukarkan idea kepada penyelesaian yang memberi impak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Makeramai Makerspace dan majlis penutupan Sarawak Digital STEM Demo Day di sini pada Jumaat.
Sagah berkata Pusat Sains Sarawak yang akan dibuka tahun depan, turut berfungsi sebagai hab penerokaan saintifik, yang menampilkan pameran interaktif dan pelbagai kemudahan.
Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dalam kenyataan memaklumkan Makeramai Makerspace menyediakan pelbagai kemudahan pembuatan termasuk makmal elektronik, reka bentuk dan multimedia.
Ia adalah hab komuniti yang bertujuan menyokong ekosistem pembuatan yang semakin berkembang di Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#bida
#tuan rumah
#World Robot Olympiad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan