awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak hasrat jadi Bavaria Asean - Abang Johari

Bernama
Bernama
09/10/2019
00:46 MYT
Sarawak hasrat jadi Bavaria Asean - Abang Johari
ABANG JOHARI: Bavaria yang terletak di Jerman merupakan salah satu daripada dua wilayah dalam Kesatuan Eropah (EU) yang menentukan masa depan kesatuan itu. -BERNAMA
Dengan rancangan pembangunan ekonomi digital gigih diusahakan, Sarawak sedang bekerja keras mengatur langkah bukan sahaja untuk mencapai status negeri maju pada tahun 2030, tapi juga mengubah wajah pembangunannya menjadi umpama 'Bavaria' Asean.
Ketua menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Bavaria yang terletak di Jerman merupakan salah satu daripada dua wilayah dalam Kesatuan Eropah (EU) yang menentukan masa depan kesatuan itu.
"Satu lagi ialah wilayah Amelia di Itali, yang ada jenama tersohor dunia seperti Ducati, Lamborghini dan Ferrari.
"Dengan jenama-jenama ini, kedua-dua wilayah inilah yang sebenarnya menggerakkan hala tuju ekonomi EU; dan adalah menjadi harapan saya agar Sarawak sendiri akan menjadi Bavaria Asean," katanya semasa berucap di majlis Sesi Perjumpaan Perniagaan, anjuran pertubuhan Sarawak Business Federation, di sini pada Selasa.
Dalam usaha mencapai hasrat ini, Abang Johari berkata ia memerlukan sokongan sektor swasta.
"Saya harap sektor swasta memiliki satu hasrat, satu wawasan, dan bersama kita bina transformasi Sarawak," katanya.
Sementara itu ketika ditemui media yang meminta pandangan beliau mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dilancarkan kerajaan Persekutuan baru-baru ini, Abang Johari berpandangan ia kelihatan sama seperti Wawasan 2020, dengan sedikit perbezaan yang boleh dipuji.
"Ia sama seperti Wawasan 2020 bagi saya, apa yang berbeza adalah ia turut memasukkan aspek berkaitan ekonomi digital, ia sesuatu yang baharu, namun dari segi prinsipal ia sama seperti Wawasan 2020. Diharapkan ia akan membawa manfaat besar kepada Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#ekonomi
#kerajaan
#Kesatuan Eropah
#Ketua Menteri
#Sarawak
#Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan