awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak: JPBN kuat kuasa SOP tambahan kurang risiko jangkitan COVID-19

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
04/09/2020
09:02 MYT
Sarawak: JPBN kuat kuasa SOP tambahan kurang risiko jangkitan COVID-19
SOP baharu itu juga menetapkan pelanggan berusia 12 tahun ke bawah dan 60 tahun ke atas tidak digalakkan memasuki dewan tayangan khusus bagi sektor industri kreatif. Gambar/ Bernama
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini menggariskan beberapa prosedur operasi standard (SOP) baharu melibatkan golongan berisiko dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
Kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat itu menyebut, kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak digalakkan memasuki kawasan pasar malam.
SOP baharu itu juga menetapkan pelanggan berusia 12 tahun ke bawah dan 60 tahun ke atas tidak digalakkan memasuki dewan tayangan khusus bagi sektor industri kreatif.
Antara lain menerusi kenyataan sama, Sarawak hari ini tidak merekodkan pertambahan kes positif baharu menjadikan jumlah kes positif kekal 699 kes setakat ini.
“Dimaklumkan terdapat lima kes dilaporkan pulih dan discaj melibatkan empat kes di Hospital Bintulu dan satu kes di Hospital Umum Sarawak (HUS).
“Ini menjadikan jumlah kes pulih dan discaj di negeri ini meningkat kepada 668 kes atau 95.57 peratus,” ujar kenyataan sama.
Setakat ini juga, 12 kes dilaporkan masih menerima rawatan di wad isolasi dengan tujuh kes di Hospital Bintulu, HUS (empat) dan Hospital Miri (satu).
Tujuh kes baharu individu dalam siasatan (PUI) turut dilaporkan dan tiada kes dilaporkan masih menunggu keputusan ujian makmal.
Sementara itu, Kluster Alam masih merupakan satu-satunya kluster COVID-19 yang aktif di negeri itu melibatkan lapan kes setakat ini.
Topic Berkaitan
#Bintulu
#COVID-19
#JPBN Sarawak
#Kuching
#Miri
#Person Under Investigation
#Sarawak
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan