awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor bakal terima RM3 juta dari FIFA?
[EKSKLUSIF] Situasi semakin serius, tingkap masa tindakan semakin sempit - Tengku Zafrul
Malaysia kutuk tindakan provokasi menteri Israel di Masjid Al-Aqsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak kemuka formula baharu 'perkongsian hasil' dengan Petronas

Bernama
Bernama
28/09/2019
15:08 MYT
Sarawak kemuka formula baharu 'perkongsian hasil' dengan Petronas
Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata, pemberian 20 peratus royalti minyak kepada Sarawak dan Sabah bermakna Petronas tidak lagi menjadi syarikat minyak antarabangsa seperti sepatutnya.
Kerajaan Sarawak telah mengemukakan formula baharu kepada Putrajaya mengenai 'perkongsian hasil' dengan Petronas dalam usaha untuk mendapatkan semula kehilangan hasil daripada royalti minyak, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata formula baharu itu telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan tetapi tidak menyatakan tarikhnya.
Abang Johari berkata beliau sedar bahawa entiti berkaitan kerajaan itu adalah sebuah syarikat antarabangsa tetapi itu tidak bermakna ia menyebabkan negeri kehilangan hasil.
"Ketika mengekalkan Petronas sebagai syarikat antarabangsa, ada formula yang membolehkan Sarawak juga mengambil bahagian. Saya telah menghantar proposal, formula kita sendiri, ia adalah modul baharu yang saya percaya tidak akan menjejaskan Petronas sebagai syarikat antarabangsa," kata beliau.
"Kami yang menghasilkan bahan mentah untuk Petronas dari segi gas serta minyak mentah, jadi saya mempunyai formula saya yang bersifat komersial," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan sempena Hari Wanita Sarawak 2019, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Abang Johari berkata beliau tidak dapat mendedahkan butiran formula itu kerana ia masih dalam proses perundingan dengan Kerajaan Persekutuan.
Di New York semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sebagai berkata pemberian 20 peratus royalti minyak kepada Sarawak dan Sabah bermakna Petronas tidak lagi menjadi syarikat minyak antarabangsa seperti sepatutnya.
Dr Mahathir juga dilaporkan berkata, Kerajaan sedang mencuba untuk mencari kaedah mengenai bagaimana ia dapat menyalurkan lebih banyak dana kepada kedua-dua negeri tanpa menjejaskan kekuatan Petronas. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Abang Johari
#Kerajaan Sarawak
#Petronas
#royalti minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan