awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah

Bernama
Bernama
29/06/2024
14:23 MYT
Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah
Uggah berkata kontraktor Bumiputera lesen kelas rendah di Sarawak perlu berusaha mengorak langkah menjadi kontraktor kelas A bagi membolehkan mereka merebut dan melaksanakan projek bernilai tinggi di negeri itu. - Gambar Bernama
SIBU: Kerajaan bukan setakat mahu melihat lebih ramai kontraktor Bumiputera berjaya malah pada masa sama mahu menambah bilangan mereka berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Beliau berkata kontraktor Bumiputera lesen kelas rendah di Sarawak perlu berusaha mengorak langkah menjadi kontraktor kelas A bagi membolehkan mereka merebut dan melaksanakan projek bernilai tinggi di negeri itu.
"Terdapat beberapa kontraktor kelas F tidak mahu keluar dari kelas F. Saya yakin semua mengimpikan untuk menjadi kontraktor kelas A suatu hari nanti," katanya pada Majlis Penutupan Kursus Program Kontraktor Berdaya Saing (PKBS) Zon Tengah 2024 di sini hari ini.
Menurutnya di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) terdapat banyak projek pembangunan bernilai tinggi dilaksanakan di Sarawak berikutan peningkatan pendapatan sejak beberapa tahun lalu.
Beliau berkata kontraktor berkenaan yang sememangnya sudah mempunyai pengalaman pengurusan projek, kewangan dan kaedah pelaksanaan projek yang sepadan dengan kelas dimiliki perlu mempunyai visi untuk naik taraf pendaftaran ke kelas yang lebih tinggi.
Seramai 104 kontraktor kelas E dan D dari Zon Tengah mengikuti kursus PKBS itu yang dianjurkan Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri (SFS) di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Bumiputera
#pengalaman pengurusan
#naik taraf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan