awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit
Konflik Asia Barat: TikTok diminta perjelas kesan krisis tenaga dan geopolitik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak: Satu kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
28/08/2020
09:38 MYT
Sarawak: Satu kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini
Unggah berkata, pesakit disahkan positif COVID-19 pada 27 Ogos menerusi saringan pertama ketika menjalani proses kuarantin wajib selama 14 hari.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini melaporkan pertambahan satu kes positif COVID-19 di Bintulu.
Ia merupakan kes import melibatkan seorang lelaki warga Filipina yang tiba di Bintulu pada 26 Ogos lalu dari Kuala Lumpur.
Menurut Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, kes ke-697 ini memulakan perjalanan dari Manila ke Kuala Lumpur pada 25 Ogos dan telah bermalam di Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Bintulu.
“Dia memaklumkan bahawa telah menjalani ujian saringan sebanyak dua kali di Fillipina pada 18 dan 23 Ogos yang lepas dan disahkan negatif COVID-19.
“Malah dia juga telah disaring di Kuala Lumpur pada 25 Ogos dan dilaporkan negatif,” kata Uggah.
Katanya, pesakit disahkan positif COVID-19 pada 27 Ogos menerusi saringan pertama ketika menjalani proses kuarantin wajib selama 14 hari.
Justeru, dia telah dimasukkan ke Hospital Bintulu pada hari yang sama untuk rawatan lanjut dan pengesanan kontak kepada kes ini masih dijalankan.
Beliau berkata, selain itu Sarawak hari ini tidak mencatatkan pertambahan bagi kes pulih dan discaj menjadikan jumlah itu kekal 662 kes atau 94.98 peratus, manakala 11 kes individu dalam siasatan (PUI).
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#Bintulu
#COVID-19
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
#Filipina
#JPBN Sarawak
#Kuala Lumpur
#Manila
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan