awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak sudah hantar surat permohonan beli vaksin - Uggah

Astro Awani
Astro Awani
18/03/2021
11:19 MYT
Sarawak sudah hantar surat permohonan beli vaksin - Uggah
Sarawak berhasrat membeli sendiri vaksin kerana khuatir bekalan vaksin yang dibekalkan kerajaan persekutuan tidak dapat memenuhi jadual pemvaksinan di negeri itu. - Foto:BERNAMA
KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak telah menghantar surat kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19, Khairy Jamaluddin bagi menyatakan hasrat secara rasmi untuk membeli vaksin sendiri.
Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika mengulas mengenai permohonan untuk mendapatkan vaksin menerusi kerajaan persekutuan.
Ujarnya, hasrat pembelian vaksin itu dibuat kerana khuatir bekalan vaksin yang dibekalkan kerajaan persekutuan tidak dapat memenuhi jadual pemvaksinan di negeri itu.
“Sasaran kami adalah untuk memastikan semua rakyat Sarawak yang sudah mendaftar dan layak menerima suntikan namun ia tertakluk kepada bekalan vaksin dari kerajaan persekutuan.
“Sebelum ini Khairy Jamaluddin pernah mengatakan setiap kerajaan negeri boleh menyatakan hasrat untuk membeli vaksin sendiri dan tiada larangan daripada pihaknya.
“Atas tujuan itu, kami (JPBN Sarawak) sudah menghantar surat kepada beliau untuk menyatakan hasrat itu,” kata Uggah.
Uggah berkata demikian semasa sidang media harian COVID-19 di Kuching pada Khamis.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Khairy Jamaluddin
#Media
#Kuching
#rakyat
#JPBN Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan