awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saringan COVID-19: Dakwaan 200 penduduk Kampung Pauh Lima lari adalah palsu

Bernama
Bernama
21/05/2021
04:31 MYT
Saringan COVID-19: Dakwaan 200 penduduk Kampung Pauh Lima lari adalah palsu
Orang ramai dinasihat agar tidak menyebarkan berita-berita palsu.- Gambar hiasan
KOTA BHARU: Polis Kelantan menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa 200 penduduk Kampung Pauh Lima, Bachok, dekat sini, lari meninggalkan kampung tersebut kerana enggan menjalani ujian saringan COVID-19.
“Saya mengesahkan berita tersebut adalah palsu. Tindakan boleh diambil oleh pihak berkuasa jika terdapat perlakuan kesalahan di bawah Akta Komunikasi Dan Multimedia (AKM) 1998," kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita-berita palsu, selain perlu merujuk kepada pihak bertanggungjawab dan sentiasa berwaspada dengan penyebaran maklumat atau diragui kesahihannya.
Isnin lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di dua lokaliti di Kelantan iaitu Kampung Pauh Lima, Mukim Gunong dekat Bachok dan Kampung Pauh Lima, Mukim Banggu di Kota Bharu, mulai Rabu (19 Mei) hingga 1 Jun depan. - Bernama
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan
#Kota Bharu
#ismail sabri yaakob
#ujian saringan
#Polis Kelantan
#Kampung Pauh Lima
#Bachok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan