awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarjan polis maut selepas motosikal berkuasa besar bertembung kereta

Bernama
Bernama
23/12/2018
14:45 MYT
Sarjan polis maut selepas motosikal berkuasa besar bertembung kereta
Kejadian itu mengakibatkan Sarjan Mohd Norzanyzan Mohd Din, 39, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud, mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuaran.
Seorang anggota polis maut selepas motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam satu kemalangan berhampiran Arena Futsal, Jalan Sulaman, Tuaran, petang tadi.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Faizal Wahid berkata kejadian itu mengakibatkan Sarjan Mohd Norzanyzan Mohd Din, 39, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud, mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuaran.
Menurutnya sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba Penyelamat Tuaran bergegas ke lokasi kejadian selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.42 petang.
"Pasukan EMRS memberikan rawatan awal di lokasi sebelum menghantar Sarjan Mohd Norzanyzan ke Hospital Tuaran menggunakan ambulans untuk tindakan selanjutnya. Mayatnya kini masih ditahan di hospital berkenaan untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata pemandu serta semua penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan pasukan bomba kemudiannya bertindak melakukan pemeriksaan rapi bagi memastikan lokasi kejadian benar-benar selamat, sebelum menamatkan operasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#kereta
#Malaysia
#maut
#meninggal dunia
#motosikal bertembung
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan