awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu maut, lima cedera nahas bas ekspres rempuh lori di Seremban

Bernama
Bernama
07/12/2018
07:31 MYT
Satu maut, lima cedera nahas bas ekspres rempuh lori di Seremban
Seorang penumpang maut manakala lima lagi cedera selepas bas yang dinaiki melanggar belakang sebuah lori berhampiran susur keluar Bandar Ainsdale. -Gambar hiasan
Seorang penumpang maut manakala lima lagi cedera selepas bas yang dinaiki melanggar belakang sebuah lori di Kilometer (KM) 269 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar Bandar Ainsdale, dekat sini, pagi Jumaat.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis ketika dihubungi berkata mangsa yang maut ialah seorang penumpang wanita yang dipercayai tercampak keluar dari bas berkenaan, lapor Bernama.
Lima yang cedera ialah tiga penumpang serta pemandu bas dan seorang kelindan lori.
Ketika kejadian pada 11.53 pagi, bas ekspres itu membawa 21 penumpang dari Singapura menuju ke Genting Highlands, Pahang.
"Dalam kejadian itu, pemandu bas tersepit di bahagian pemandu manakala terdapat seorang wanita tercampak keluar ke atas jalan raya dari tingkat dua bas berkenaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.
"Selain itu, 15 penumpang lain terselamat termasuklah pemandu lori berkenaan yang tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya, di sini, hari ini.
Norazam berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.35 pagi dan seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Seremban dan Senawang dikerahkan ke lokasi kejadian.
Katanya, mangsa yang maut dan kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini bagi bedah siasat dan rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#Bandar Ainsdale
#bas ekspres
#Genting Highlands
#kemalangan
#Lebuhraya Utara Selatan
#Norazam Khamis
#PLUS
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan