awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 rakyat Malaysia ditahan, 97kg syabu dirampas dalam tren Thailand
Liga Super: Kelantan TRW tewas 0-2 di laman sendiri
Khairy fokus kembali sertai UMNO, bincang kerusi PRU masih awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya hadir beri keterangan di Bukit Aman sebagai saksi - Pensyarah UIA

Bernama
Bernama
13/03/2026
11:00 MYT
Saya hadir beri keterangan di Bukit Aman sebagai saksi - Pensyarah UIA
Persatuan Pelajar Sains Politik UIA dalam kenyataan pada Jumaat turut mempersoalkan motif Bukit Aman memanggil Syaza Farhana pada 10 Mac lepas.
Pensyarah sains politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Prof Dr Syaza Farhana Mohamad Shukri berkata kehadirannya ke Bukit Aman pada 10 Mac lepas adalah sebagai saksi siasatan polis berkaitan laporan sebuah media yang memetik kenyataannya pada 2024.
Beliau berkata kehadirannya ke Bukit Aman itu juga bukan sebagai suspek dalam siasatan polis berhubung pandangannya yang disiarkan dalam laporan South China Morning Post pada 26 Dis 2024 berkaitan peranan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Pulau Batu Puteh.
“Jadi, saya nak jelaskan… polis panggil saya pun bukan sebab nak siasat quote (petikan) saya tu... tetapi sebagai saksi. Sesi soal siasat berlangsung selama satu jam setengah.
"Memang dari waktu mereka (polis) panggil tu, memang dah saya (rasa) pelik. Saya tanya, sebab apa? (sebab saya dipanggil) dan (mereka jawab) sebagai saksi sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Semetara itu, Persatuan Pelajar Sains Politik UIA dalam kenyataan semalam turut mempersoalkan motif Bukit Aman, dengan menegaskan kenyataan Syaza Farhana dibuat dengan niat baik dan mencerminkan kebebasan akademik di Malaysia serta kebebasan universiti daripada campur tangan politik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#pensyarah UIA
#Syaza Farhana Mohamad Shukri
#kebebasan universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan