awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya memang kedekut" - Khalid Ibrahim

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
25/05/2013
09:01 MYT
"Saya memang kedekut" - Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengakui agak kedekut dalam membelanjakan wang kerajaan negeri hingga menimbulkan rungutan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat.
Katanya, beliau menerima teguran yang dikemukakan oleh perwakilan mengenai sikapnya itu dan berjanji akan meningkatkan perbelanjaan terutama di kawasan luar bandar.
"Selain meningkatkan perbelanjaan, saya juga akan meningkatkan simpanan negeri untuk kebaikan rakyat.
"Sasaran kita ialah untuk bangunkan kawasan desa kerana prinsip perjuangan kita ialah mengurangkan jurang yang berada dan kurang berada," katanya ketika menggulung perbahasan di Kongres Nasional Keadilan ke-9 di Dewan Sivik MBPJ di sini hari ini.
Abdul Khalid juga menjelaskan menerima teguran banyak pihak termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan beliau kurang mahir dalam ilmu politik.
"Saya sudah baca tiga buah buku sains politik dan akan wujudkan biro politik di pejabat Menteri Besar untuk pastikan perkara sama tidak berulang," katanya.
Beliau juga berjanji akan memastikan apa yang dijanjikan akan ditunaikan dengan sebaik mungkin.
Topic Berkaitan
#Khalid Ibrahim
#kongres
#Pakatan Rakyat
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan