awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya percaya ADUN Kota Sentosa ini keliru - Abang Johari

Astro Awani
Astro Awani
13/11/2020
09:23 MYT
Saya percaya ADUN Kota Sentosa ini keliru - Abang Johari
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyelar kenyataan Chong Chieng Jen yang dianggap tiada ketetapan berhubung Belanjawan Sarawak 2021. - Foto ihsan Japen Sarawak
KUCHING:Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyelar kenyataan Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) yang dianggap tiada ketetapan berhubung peruntukan Belanjawan Sarawak 2021.
Ini kerana kata Abang Johari, Pengerusi DAP Sarawak itu pernah mengkritik kerajaan negeri bersifat boros tetapi dalam masa sama beliau menuntut perbelanjaan tambahan RM1 bilion pada Belanjawan negeri 2021.
"Saya percaya Ahli Yang Berhomat Kota Sentosa ini keliru apa yang dia mahukan... Dia tiada ketetapan tentang apa dia mahu.
"Apakah dia ingin kerajaan negeri meningkatkan atau mengurangkan perbelanjaan? Saya bingung dengan kenyataan bertentangan Ahli Yang Berhormat untuk Kota Sentosa. Ini jelas menunjukkan bahawa niatnya hanyalah untuk mengkritik Kerajaan Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan Belanjawan Sarawak 2021 di Persidangan Dewan Undangan Negeri pada Jumaat.
Pada 9 November lalu, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan Belanjawan Sarawak 2021 bernilai RM9.832 bilion dengan jangkaan menghasilkan lebihan RM180 juta.
Ini memandangkan anggaran pendapatan negeri untuk tahun 2021 berjumlah RM10.012 bilion.
Topic Berkaitan
#Belanjawan Sarawak 2021
#Belanjawan Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
#Sarawak maju
#Pengerusi DAP Sarawak
#Chong Chieng Jen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan