awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya sedia jawab semua soalan - Nik Nazmi

Sinar Harian
Sinar Harian
26/06/2023
00:30 MYT
Saya sedia jawab semua soalan - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad bersedia menjawab apa sahaja soalan berkaitan kementeriannya pada edisi kelima Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian malam ini. - Gambar fail BERNAMA
SHAH ALAM: Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad bersedia menjawab apa sahaja soalan berkaitan kementeriannya pada edisi kelima Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian pada malam ini.
Menurut beliau, sesi Town Hall itu merupakan platform terbaik bagi memaklumkan matlamat dan hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran karbon sifar seawal tahun 2050.
“Sesi kali ini merupakan peluang kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) untuk bertemu, berdialog dan mendengar pandangan daripada masyarakat secara umum.
“Insya-ALLAH apa sahaja soalan yang diajukan yang saya mampu jawab, saya akan cuba menjawab sebaik mungkin,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Tambah beliau, pihak NRECC begitu menghargai platform yang disediakan bagi menambah baik pendekatan dasar dan gerak kerja.
“Sila hadir beramai-ramai dan tanya soalan senang dan susah untuk sama-sama memeriahkan suasana supaya kita boleh bercakap tentang soal sumber asli, alam sekitar dan perubahan iklim,” ujar beliau.
Town Hall Rakyat yang akan berlangsung di Dewan Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 di sini masih mengekalkan pelakon popular, Azhar Sulaiman sebagai hos.
Kali terakhir Town Hall berlangsung ialah pada 29 Mei lalu menampilkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Sebelum ini, Town Hall Rakyat menampilkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tarif elektrik
#Kementerian Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
#Nik Nazmi Nik Ahmad
#Town Hall Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan