awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya tiada sifat dendam, sentiasa memaafkan tapi tidak melupakan" - Ahmad Zahid

Fareez Azman
Fareez Azman
31/07/2022
07:50 MYT
"Saya tiada sifat dendam, sentiasa memaafkan tapi tidak melupakan" - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak berdendam dengan mana-mana pemimpin yang tidak sealiran dengannya di dalam UMNO. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak berdendam dengan mana-mana pemimpin yang tidak sealiran dengannya di dalam UMNO.
Oleh kerana sifatnya itu, Presiden UMNO itu berkata, mana-mana pemimpin dalam parti yang sentiasa tidak sependapat dengannya masih ada peluang untuk ditampilkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bahkan, hal ini, jelas beliau sudah terbukti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang menyaksikan beberapa calon yang tidak sealiran dengan turut diberi laluan bertanding.
"Saya tidak pernah ada tindakan tindakan 'vindictive' (bersifat dendam), terbukti dalam PRN Melaka ada beberapa calon menulis, berucap yang menyentuh perkara 'below the belt' (tidak adil) pun mereka jadi calon, begitu juga di Johor," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Puteri BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WCTKL), di sini, pada Ahad.
Bagaimanapun, tegas Ahmad Zahid, meskipun memaafkan mereka yang tidak sealiran dengannya, namun, beliau tidak akan pernah melupakannya.
"Saya tiada sifat dendam, i will always forgiven but i will never forget," katanya lagi.
Sebelum ini, terdapat beberapa pemimpin UMNO dilihat tidak sehaluan dengan Ahmad Zahid.
Antaranya Ahli Parlimen Pasir Salak dan bekas Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang secara terbuka menyerang Ahmad Zahid berhubung isu sokongan terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain Tajuddin, pemimpin yang dilihat tidak sehaluan dengan Ahmad Zahid juga ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) juga menegaskan, gabungan itu tidak akan sesekali menerima semula beberapa pemimpinnya yang meninggalkan parti itu selepas PRU14 lalu.
"Kirim salam dan minta maaf banyak-banyak," kata Ahmad Zahid lagi.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#tiada dendam
#sentiasa memaafkan
#Presiden UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan