awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sehingga ada arahan baharu, saya andaikan Sabah masih berstatus PKPB' - Masidi

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
10/05/2021
14:29 MYT
'Sehingga ada arahan baharu, saya andaikan Sabah masih berstatus PKPB'  - Masidi
Sehingga ada arahan baharu, Sabah diandaikan masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Gambar fail
KOTA KINABALU: Sehingga ada arahan baharu, Sabah diandaikan masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.
Beliau berkata demikian susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara bermula 12 Mei sehingga 7 Jun depan.
"Dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang tadi, saya telah memohon kepada Perdana Menteri agar Sabah meneruskan pengurusan COVID-19 seperti kaedah yang kita amalkan sekarang kerana ia terbukti berkesan.
"Permohonan saya telah dipersetujui oleh PM dan MKN. Sehingga ada arahan baharu, saya andaikan Sabah masih berstatuskan PKPB atau walaupun berstatus PKP tetapi prosedur operasi standard (SOP) hampir sama dengan SOP yang diguna pakai sekarang," katanya menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 bagi negeri ini turut berkata, beliau bersetuju dengan langkah-langkah memperketatkan larangan serta kawalan kepada aktiviti-aktiviti sosial.
Untuk rekod, Sabah telah diletakkan di bawah PKPB bermula 29 April lalu sehingga 17 Mei hadapan.
Topic Berkaitan
#Sabah
#PKPB
#Masidi Manjun
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKP
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#COVID-19
#MKN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan