awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekatan tidak terhad kepada Perintah Kawalan Pergerakan, kesalahan lain turut dipantau - Polis

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
19/03/2020
12:11 MYT
Sekatan tidak terhad kepada Perintah Kawalan Pergerakan, kesalahan lain turut dipantau - Polis
Fokus utama anggota dan pegawai adalah untuk memberikan nasihat kepada orang ramai supaya tinggal di rumah. - PDRM
Polis akan tetap mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan jalan raya dan tidak terhad kepada hanya memberi nasihat dan memantau pergerakan orang ramai untuk mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, bagaimanapun fokus utama anggota dan pegawai adalah untuk memberikan nasihat kepada orang ramai supaya tinggal di rumah.
"Kalau kita dapati mereka bersalah dalam hal-hal yang lain kita akan ambil tindakan seperti biasa, kalau kita jumpa kesalahan yang lain contoh kereta tiada cukai jalan kita tetap ambil tindakan.
"Tetapi yang paling penting tugas polis sekarang adalah untuk memberitahu mereka supaya duduk di rumah untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan virus Covid-19," katanya ketika ditemui pemberita ketika membuat sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Tun H.S. Lee, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Mazlan menasihatkan orang ramai untuk membeli barangan keperluan harian pada sebelah siang dan mengelakkan membelinya pada sebelah malam.
"Polis mendapati orang ramai banyak menggunakan alasan untuk membeli barangan keperluan untuk keluar rumah.
"Malam-malam baru nak beli macam sengaja cari alasan nak keluar rumah, sekiranya tiada apa-apa keperluan tidak perlu keluar rumah
"Buat masa ini Polis Kuala Lumpur tidak menerima sebarang aduan mereka yang melanggar arahan perintah ini, tetapi sekiranya ada yang melawan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," jelas beliau.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#koronavirus
#Mazlan Lazim
#PDRM
#perintah kawalan pergerakan
#polis
#roadblock
#Sekatan Jalan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan