awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah di Afghanistan dibuka semula untuk pelajar lelaki bermula Sabtu

Bernama
Bernama
18/09/2021
04:57 MYT
Sekolah di Afghanistan dibuka semula untuk pelajar lelaki bermula Sabtu
Sekolah menengah dan rendah serta madrasah telah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dan pembelajaran boleh bermula pada 18 September. - Reuters
KABUL: Semua sekolah dan madrasah di Afghanistan akan dibuka semula untuk pelajar lelaki, bermula Sabtu, memetik pengumuman kerajaan sementara Taliban.
"Sekolah menengah dan rendah serta madrasah telah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dan pembelajaran boleh bermula pada 18 September," menurut pengumuman itu lapor Agensi Anadolu.
Bagaimanapun, pengumuman yang dibuat pada Jumaat itu tidak menyebut bila sekolah untuk wanita akan dibuka. Sebelum ini sesi pembelajaran untuk pelajar dan murid perempuan di kelas satu hingga enam telah dibuka semula.
Kerajaan sementara sebelum ini dilaporkan membenarkan wanita untuk melanjutkan pendidikan tetapi pelajar lelaki dan wanita akan diasingkan selain perlu mematuhi etika pakaian yang ditetapkan.
Semasa pemerintahan Taliban pada 1996 hingga 2001, wanita tidak dibenarkan ke sekolah. Taliban kembali memegang tampuk pemerintahan di Afghanistan pada Ogos dan membentuk kerajaan sementara, terdiri 33 anggota.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Taliban
#sekolah
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan