awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit
Konflik Asia Barat: TikTok diminta perjelas kesan krisis tenaga dan geopolitik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah di Kelantan diarah tangguh aktiviti luar 

Bernama
Bernama
31/03/2026
05:03 MYT
Sekolah di Kelantan diarah tangguh aktiviti luar 
Setakat ini tiada keperluan untuk melaksanakan sesi pembelajaran secara PdPR memandangkan keadaan masih terkawal. - Gambar hiasan
Semua sekolah di Kelantan diarah menangguhkan sebarang aktiviti luar susulan cuaca panas dan kering ketika ini.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan Siti Norina Muhamad berkata surat pemakluman mengenai perkara berkenaan telah diedarkan kepada kesemua 595 buah sekolah terlibat, semalam.
"JPN sentiasa memantau perkembangan suhu semasa menerusi Jabatan Meteorologi dan semua sekolah diminta menanguhkan aktiviti luar serta lawatan ke tempat berisiko.
"Sekiranya suhu melebihi 37 darjah Celsius, sesi pembelajaran akan dilaksanakan secara Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) dan jika ia mencapai suhu cuaca ekstrem sekolah boleh ditutup untuk sementara waktu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di sini hari ini.
Siti Norina berkata setakat ini tiada keperluan untuk melaksanakan sesi pembelajaran secara PdPR memandangkan keadaan masih terkawal.
"Bagaimanapun, kita sentiasa mengambil langkah berwaspada untuk mengelakkan anak-anak terdedah kepada risiko terkena strok haba dan setakat ini tiada laporan mengenai murid atau pelajar terkena strok haba," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPN
#cuaca panas
#aktiviti luar
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan