awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor kewangan terima 2.3 juta aduan sejak lima tahun lepas

Bernama
Bernama
17/01/2025
07:45 MYT
Sektor kewangan terima 2.3 juta aduan sejak lima tahun lepas
Jessica berkata umlah aduan dalam beberapa tahun ini adalah 65 peratus lebih tinggi dari segi purata berbanding 2020.- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Industri kewangan menerima kira-kira 2.3 juta aduan sepanjang lima tahun lepas, sebanyak 98 peratus daripadanya berkaitan sektor perbankan dan bakinya berkaitan insurans dan takaful.
Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Jessica Chew Cheng Lian berkata jumlah aduan dalam beberapa tahun ini adalah 65 peratus lebih tinggi dari segi purata berbanding 2020, mencerminkan kerumitan perkhidmatan kewangan yang meningkat serta tahap kesedaran dan jangkaan pengguna yang tinggi.
"Sebaliknya, aduan yang dibuat melalui pautan BNM mencatatkan penurunan sebanyak 37 peratus dalam tempoh sama.
"Ini menunjukkan penambahbaikan yang berterusan terhadap saluran aduan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan kewangan sendiri yang memberi impak positif dalam memastikan pengguna mendapat bantuan yang diperlukan, sekali gus mengurangkan jumlah aduan yang dihantar ke pautan BNM.
"Kami menjangka jumlah ini akan terus menurun sejajar dengan standard layanan adil yang lebih tinggi yang kami tetapkan untuk penyedia perkhidmatan kewangan, termasuk mengenai pengurusan aduan pelanggan," katanya dalam ucapan pada pelancaran Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS) di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#industri kewangan
#Bank Negara Malaysia
#jumlah aduan
#Jessica Chew Cheng Lian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan