Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber

Dron Israel campur tangan semasa insiden itu dengan melepaskan tembakan peluru hidup dan peluru berpandu yang menyebabkan kematian. - Gambar Reuters
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera pada Isnin dalam bedilan Israel ke atas kem pelarian Maghazi di tengah Gaza, menurut sumber keselamatan dan perubatan Palestin, lapor Xinhua.
Sumber keselamatan berkata, pertempuran bersenjata tercetus di timur kem itu antara pasukan keselamatan Hamas dengan individu yang dituduh bekerjasama dengan Israel.
Mereka berkata, dron Israel campur tangan semasa insiden itu dengan melepaskan tembakan peluru hidup dan peluru berpandu yang menyebabkan kematian.
Sumber perubatan mengesahkan sekurang-kurangnya 11 maut dan beberapa lagi cedera, termasuk yang parah.
Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Al-Aqsa di Deir al-Balah untuk rawatan.
Tiada ulasan daripada tentera Israel setakat ini.
-- BERNAMA-XINHUA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

