awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selagi ada bulan dan matahari, MARA akan terus memartabatkan Melayu dan Bumiputera - Ismail Sabri

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
04/04/2016
08:56 MYT
Selagi ada bulan dan matahari, MARA akan terus memartabatkan Melayu dan Bumiputera - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Perdana 50 Tahun Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini. - Foto Bernama
Selagi ada bulan dan matahari, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terus memperjuangkan martabat masyarakat Melayu dan Bumiputera, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurutnya, sepanjang 50 tahun penubuhan MARA, institusi itu telah berjaya memainkan peranannya dalam menyumbang kepada pembinaan negara, dengan jumlah penerima manfaat telah mencecah lebih dua juta orang melalui program keusahawanan, pendidikan dan pelaburan.
Beliau juga berkata MARA telah melahirkan hampir sejuta usahawan dalam pelbagai bidang, yang menyumbang kepada kekayaan bumiputera.
"Dalam konteks pembangunan usahawan, hampir 700,000 orang telah dibangunkan melalui pelbagai program seperti latihan, pembangunan standard perniagaan, serta pemasaran dan penjenamaan," katanya dalam ucapan pada Majlis Sambutan Perdana 50 Tahun MARA di Dewan Utama, MENARA MARA di sini, hari ini.
Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Sementara itu Ismail juga berkata pelbagai pendekatan berani telah dilakukan MARA dalam melahirkan ahli korporat, dan pemimpin masa hadapan yang cemerlang akademik dan sahsiah diri, antaranya dengan melaksanakan program Ulul Albab dalam Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
"Program Ulul Albab diwujudkan pada 2009, yang kini telah melahirkan 875 Hafiz Al-Quran. MARA juga telah menyumbangkan kepada 300,000 guna tenaga mahir dan separa mahir dalam pelbagai industri kritikal melalui Laluan Teknikal dan Vokasional (TVET) MARA," tambah beliau.
Ismail juga menambah, bagi Malaysia untuk menjadi negara maju, lebih 60% tenaga mahir diperlukan dan MARA telah berjaya menghasilkan lebih 30% tenaga kerja penting untuk kelangsungan pembangunan ekonomi dan sosial negara.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Ismail Sabri
#Majlis Amanah Rakyat
#MARA
#Mohamed Nazri Abdul Aziz
#Najib Tun Abdul Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan