awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SELangkah komited perkasa komuniti untuk menjalani disiplin Malaysia

Isabelle Leong
Isabelle Leong
07/05/2020
05:53 MYT
SELangkah komited perkasa komuniti untuk menjalani disiplin Malaysia
Inisiatif SELangkah yang diperkenalkan kerajaan negeri Selangor itu bertujuan melindungi premis perniagaan dan pelanggan serta membantu pasukan barisan hadapan.
Kerajaan negeri Selangor komited memperkasakan peranan komuniti dengan memberi penyelesaian terhadap usaha pengesanan kontak bagi menangani penularan wabak COVID-19 menerusi penciptaan aplikasi SELangkah.
Pengasasnya, Dr Helmi Zakariah berkata, sistem pendaftaran dalam talian bagi individu yang memasuki mana-mana premis di Selangor memudahkan masyarakat membiasakan diri dengan normal baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negara ini.
Dr Helmi yang juga Perunding Epidemiologi Digital berkata, inisiatif SELangkah yang mengubah suai amalan lazim ini iaitu penggunaan buku pendaftaran manual kepada log yang bersifat automatik mampu meningkatkan kecekapan dan kepantasan pendaftaran pengunjung ke premis perniagaan.
“Aplikasi ini menggunakan konsep yang sama seperti penggunaan buku pendaftaran manual.
“Jadi ia bukan satu model yang baharu, cuma kami mendigitalkannya untuk menjadi lebih efisien.
“Menerusi cara ini, kami dapat menerapkan nilai-nilai baharu dalam diri masyarakat,” katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Beliau percaya teknologi tersebut mampu membantu orang ramai menjayakan disiplin Malaysia dalam memerangi wabak COVID-19.
“Apabila kami bercakap mengenai penerapan disiplin, ia bukan mengenai teknologi.
“Sebaliknya, ia mengenai prosesnya dan bagaimana kami dapat menjadikan proses pendaftaran itu menjadi lebih mudah.
“Apabila ia mudah, proses tersebut boleh diperluas dan difahami masyarakat serta dapat membantu kami mencapai kepantasan untuk mengatasi wabak COVID-19,” tambahnya.
Katanya lagi, aplikasi SELangkah yang diperkenalkan kerajaan negeri Selangor itu bertujuan melindungi premis perniagaan dan pelanggan serta membantu pasukan barisan hadapan.
Menerusi inisiatif itu, semua pengunjung ke premis awam dan perniagaan di Selangor dapat dikesan serta dihubungi dengan mudah dan pantas, jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagi menjayakan inisiatif tersebut, pemilik premis diminta mencetak sendiri kod QR menerusi portal selangkah.mbiselangor.com.my atau selangkah.my dan mempamerkannya di premis masing-masing.
Amirudin berkata, pengunjung pula perlu mengimbas poster kod QR berkenaan menggunakan fungsi kamera telefon pintar masing-masing, sama ada sebelum memasuki premis atau semasa membuat bayaran, bergantung kepada olah atur pemilik premis tersebut.
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#aplikasi
#COVID-19
#Dr Helmi Zakariah
#Menteri Besar Selangor
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#Perunding Epidemiologi Digital
#PKPB
#SELangkah
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan