awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor lulus RM2 juta beli dron pantau pencemaran sungai - Exco

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
19/10/2020
08:07 MYT
Selangor lulus RM2 juta beli dron pantau pencemaran sungai -  Exco
Loy Sian berkata, kerajaan negeri juga bersetuju menyediakan ganjaran sebanyak RM20,000 kepada pihak yang menyalurkan maklumat berkaitan pencemaran air di Selangor. - Astro AWANI
RAWANG:Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi menggunakan perkhidmatan empat buah dron berteknologi tinggi bermula November depan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli, dan Hal Ehwal Selain Islam (HESI), Hee Loy Sian berkata, sebanyak dua dron ditempatkan di lembangan Sungai Langat manakala masing-masing satu di lembangan Sungai Klang dan Sungai Selangor.
Menurutnya, usaha itu sebagai langkah pencegahan dan meningkatkan kawalan pemantauan bagi mengesan punca pencemaran sungai lebih awal.
“Kerajaan negeri menerusi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah meluluskan peruntukan itu bagi menggunakan perkhidmatan dron sebagai usaha meningkatkan kawalan bagi mengelakkan isu pencemaran sungai berulang.
“Usaha ini dilihat dapat mempercepatkan penyelesaian isu air memandangkan dron yang digunakan mampu mengesan punca selain mengambil sampel air di kawasan terpencil,” katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Isu air Selangor
#dron
#RM2 juta
#bekalan air
#pencemaran Sungai Selangor
#Exco
#Kerajaan Negeri Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan