awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor perlu MB baharu atau MB diperbaharui? - GRABS

Astro Awani
Astro Awani
22/09/2014
10:06 MYT
Selangor perlu MB baharu atau MB diperbaharui? - GRABS
GRABS: Selangor perlu MB baharu atau MB diperbaharui? - Gambar fail
Kurang 24 jam sebelum Istana Selangor mengumumkan siapa bakal menjadi Menteri Besar Selangor, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Gabungan Rakyat Arus Bawahan Selangor (GRABS) menimbulkan persoalan: "Apakah individu itu merupakan orang baharu atau 'lantikan' semula menteri besar sedia ada?"
Presiden GRABS, Faisal Idris berkata kemungkinan itu tetap ada berdasarkan kejayaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa memerintah Selangor selama ini.
"Adakah individu itu boleh menjadi daya tarikan kepada pelaburan langsung asing (FDI) untuk melabur di Selangor dan memajukan negeri ini seperti sebelumnya.
"Siapa individu yang akan menjadi Menteri Besar perlu 'bersih' daripada segala segi dan kelihatan bersih daripada semua aspek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
GRABS merupakan kumpulan lebih 100 bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kecewa dengan kepimpinan parti itu kerana didakwa tidak mengamalkan konsep keadilan dalam perjuangan.
Misi utama GRABS adalah menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Abdul Khalid.
Ketika ditanya apakah kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamad Azmin Ali bakal menjadi Menteri Besar pada Selasa, ini katanya: "Kalau Azmin mendapat jawatan itu mengikut 'pintu belakang', dia diibarat membelakangi parti.
"Dia akan menerima akibat tidak mendapat kepercayaan parti dan pada hari selepas itu akan dipecat juga daripada PKR."
Azmin sebelum ini dilaporkan memberitahu, keputusan dia bakal menduduki kerusi Menteri Besar Selangor yang baharu hanyalah khabar angin dan belum diputuskan lagi.
Azmin disebut-sebut akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor dan majlis mengangkat sumpah akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang esok.
Topic Berkaitan
#Anwar
#Azizah
#Azmin
#besar
#grabs
#Khalid
#menteri
#PAS
#PKR
#presiden
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan