awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor tawar saringan kesihatan percuma, pendaftaran dibuka 16 Mei

Sinar Harian
Sinar Harian
13/05/2022
22:45 MYT
Selangor tawar saringan kesihatan percuma, pendaftaran dibuka 16 Mei
Turut ditawarkan saringan kesihatan penyakit kanser (kanser kolorektal, prostat, serviks, payudara) dan penyakit berkaitan mata. - Gambar hiasan/BERNAMA
SHAH ALAM: Selangor menawarkan saringan kesihatan percuma menerusi Program Selangor Saring melibatkan peruntukan sebanyak RM 3.4 juta di bawah Belanjawan Selangor 2022.
Exco Kesihatan Awam Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, program pengesanan penyakit itu membolehkan rawatan awal diberikan kepada pesakit dan membantu meningkatkan peluang untuk sembuh.
Menurutnya, kerajaan negeri menyasarkan 39,000 orang akan mendapat manfaat di semua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi program itu.
"Program Selangor Saring menawarkan saringan kesihatan bagi tiga kategori penyakit iaitu penyakit tidak berjangkit termasuk penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.
"Turut ditawarkan saringan kesihatan penyakit kanser (kanser kolorektal, prostat, serviks, payudara) dan penyakit berkaitan mata seperti rabun, glaukoma dan retina," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, penduduk Selangor yang berisiko seperti mempunyai sejarah keluarga (penyakit berjangkit), berat badan berlebihan dan gaya hidup tidak sihat digalakkan membuat pendaftaran di aplikasi SELangkah bermula 16 Mei ini.
"Setiap pemohon perlu melengkapkan borang saringan awal ketika proses pendaftaran yang bertujuan untuk mengenal pasti latar belakang serta faktor risiko pemohon.
"Individu yang layak akan menerima baucer untuk menjalani saringan kesihatan tanpa sebarang bayaran di lokasi dan tarikh yang ditetapkan," katanya.
Tambahnya, maklumat lanjut bekenaan Program Selangor Saring boleh didapati melalui laman sesawang selangorsaring.selangkah.my.
Katanya, sebarang isu berkaitan pendaftaran boleh diajukan ke talian hotline Selcare 1-800-22-6600 atau talian hotline Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) yang boleh didapati menerusi laman sesawang https://drsitimariah.com/talian-suka/.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#saringan kesihatan percuma
#Program Selangor Saring
#Siti Mariah Mahmud
#peluang untuk sembuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan