awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas 40 jam, mayat remaja lemas ditemui terapung di tepi sungai

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
07/03/2021
06:25 MYT
Selepas 40 jam, mayat remaja lemas ditemui terapung di tepi sungai
Mayat Nur Jannatul Alia dijumpai anggota operasi mencari dan menyelamat pada pukul 9.30 pagi tadi. - Astro AWANI
GUA MUSANG: Selepas 40 jam hilang dihanyutkan arus Sungai Nenggiri, mayat seorang remaja perempuan dijumpai terapung 15 kilometer (km) dari kawasan mangsa dilaporkan hilang di Kampung Pulau Setelu, di sini, hari ini.
Mangsa, Nur Jannatul Alia Mohd Zamri, 13 tahun, dihanyutkan arus Sungai Nenggiri ketika berkelah dan mandi-manda bersama keluarga.
Mayatnya dijumpai anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 9.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata, mangsa yang berpakaian lengkap ditemui terapung di tepi sungai.
"Jenazah mangsa mati lemas telah ditemui lebih kurang jarak 15km, dijumpai oleh kumpulan SAR kita yang disertai polis, bomba, APM dan penduduk kampung.
"Mayat mangsa telah dijumpai oleh penduduk kampung dan dibawa naik ke darat dengan bantuan pihak polis dan bomba.
"Jenazah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat," katanya.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan keriangan 20 sekeluarga berkelah di tepi Sungai Nenggiri bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka hilang dan dikhuatiri lemas petang Jumaat lalu.
Kakak mangsa, Nur Ain, 16 tahun, bersama sepupunya Nur Asma Kamaruddin, 14 tahun, sempat diselamatkan.
Topic Berkaitan
#mangsa
#lemas
#mati
#remaja
#mayat
#bomba
#keluarga
#Gua Musang
#polis
#operasi
#SAR
#hilang
#Kampung Pulau Setelu
#Sungai
#sungai nenggiri
#berkelah
#Sik Choon Foo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan