awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas bantah isu tulisan jawi, Dong Zong bela Utusan pula

Astro Awani
Astro Awani
21/08/2019
13:30 MYT
Selepas bantah isu tulisan jawi, Dong Zong bela Utusan pula
Dong Zong meminta kerajaan campur tangan bagi menyelesaikan pertikaian antara majikan dan pekerja Utusan Melayu.
Selepas kecoh dengan bantahan pembelajaran Jawi dan khat di Malaysia, pertubuhan pendesak Cina, Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) hari ini bersuara pula mengenai kemelut yang melanda syarikat penerbitan akhbar Melayu tertua negara ini, Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan).
Dalam satu kenyataan yang dibuat dalam sebuah akhbar berbahasa Cina, Dong Zong meminta kerajaan campur tangan bagi menyelesaikan pertikaian antara majikan dan pekerja Utusan.
Utusan, kata Dong Zong, perlu memaparkan keadaan kewangan syarikat itu untuk pengetahuan pembaca dan orang awam.
“Kumpulan Utusan Melayu juga perlu membayar gaji tertunggak dan pampasan skim pemisahan sukarela (VSS) mereka,” katanya.
Dalam masa yang sama Dong Zong berpendapat sudah tiba masanya industri media menjalani melaksanakan pembaharuan, antaranya tiada lagi pelabur politik, penggubalan untuk memecahkan monopoli media dan memelihara budaya majmuk untuk masa depan industri.
“Semua parti politik dan politikus perlu berdisiplin. Jangan berangan-angan untuk campur tangan dalam hal pengurusan media.
"Garis yang memisahkan politik dan media perlu diwujudkan supaya media tidak menjadi lidah rasmi atau pemutar belit,” katanya.
Dong Zong pada 10 Ogos lalu melancarkan petisyen membantah pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular atas alasan ia tidak diterima oleh komuniti bukan Islam dan mendakwa ia bercanggah dengan Artikel 12 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Kementerian Pendidikan sebelum itu mengumumkan mengkaji semula rancangan untuk memperkenalkan enam muka surat pelajaran khat dalam buku teks bahasa Melayu Tahun 4 tahun depan.
BACA: Tun Mahathir tidak salah kata Dong Zong rasis - Mohd Redzuan
BACA: Tun M pertahankan kenyataan Dong Zong 'racist'
Topic Berkaitan
#Cina
#Dong Zong
#JAWI
#Kementerian Pendidikan
#kerajaan
#khat
#Media
#Melayu
#pendidikan
#utusan melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan