awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seleweng RM48,000 penjualan sawit, dua bekas pegawai kanan direman

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/12/2021
07:20 MYT
Seleweng RM48,000 penjualan sawit, dua bekas pegawai kanan direman
Kedua-dua suspek masing-masing berusia 61 dan 35 tahun itu dipercayai melakukan penyelewengan RM48,000 membabitkan penjualan tandan sawit empat tahun lalu. - Gambar Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Bekas penolong pengurus wilayah dan bekas pengurus cawangan sebuah agensi kerajaan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan RM48,000 membabitkan penjualan tandan sawit empat tahun lalu.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Sungai Petani, Nadhirah Abdul Rahim bermula hari ini sehingga 28 Disember untuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) melakukan siasatan.
Kedua-dua mereka masing-masing berusia 61 dan 35 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan antara 2017 sehingga 2018 lalu.
Salah seorang daripada suspek bersara dari jawatan penolong pengurus manakala seorang lagi diberhentikan sebagai pengurus cawangan.
Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan kedua-dua individu itu ditahan pada pukul 3 petang Selasa selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri.
Kedua-dua suspek didapati menyalahguna kuasa apabila tidak memasukkan bayaran pembelian tandan kelapa sawit ke akaun syarikat, sebaliknya, ke akaun peribadi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#seleweng duit
#bekas pegawai kanan
#penjualan sawit
#direman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan