awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selisih faham pasal parkir, warga emas ditolak hingga patah tulang belakang

Sinar Harian
Sinar Harian
15/04/2025
06:15 MYT
Selisih faham pasal parkir, warga emas ditolak hingga patah tulang belakang
Polis berjaya mengesan suspek sebelum menahannya pada Ahad lalu dan direman selama dua hari sehingga Rabu ini. - Gambar hiasan
MELAKA: Gara-gara menolak seorang warga emas sehingga terjatuh dan patah tulang belakang, seorang lelaki berusia 65 ditahan polis di Masjid Tanah, pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, insiden itu tercetus daripada perselisihan faham tempat letak kereta antara mangsa berusia 85 tahun dan lelaki itu.
Menurutnya, mangsa mendakwa berlaku perselisihan faham berkaitan tempat letak kereta dengan suspek yang tidak dikenali di hadapan sebuah pasar raya di Masjid Tanah pada jam 10.30 pagi 4 April lalu.
"Difahamkan mangsa menunggu di dalam kereta dengan cara membuat parkir bertindih.
"Tindakan itu dipercayai dilakukan untuk menghalang suspek keluar dari petak parkir menyebabkan berlaku insiden salah faham," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Jelasnya, suspek kemudian dikatakan telah menolak pengadu dengan kuat menggunakan tangannya menyebabkan mangsa terlentang ke atas jalan sehingga mengalami kecederaan patah tulang belakang.
Ujarnya, siasatan yang dijalankan akhirnya berjaya mengesan suspek sebelum menahannya pada Ahad lalu dan direman selama dua hari sehingga Rabu ini.
"Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan," katanya lagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes pergaduhan
#warga emas
#salah faham
#Berebut parkir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan