awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semak status perjalanan sebelum rancang percutian ke luar negara - HASiL

Bernama
Bernama
17/04/2023
09:23 MYT
Semak status perjalanan sebelum rancang percutian ke luar negara - HASiL
Sekatan perjalanan merupakan tindakan terakhir yang dikenakan sekiranya pembayar cukai gagal membuat bayaran terhadap baki cukai tertunggak selepas pelbagai peringatan dan notis diberikan. -Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menyarankan kepada semua pembayar cukai untuk menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan masing-masing sebelum merancang sebarang perjalanan percutian ke luar negara.
HASiL dalam kenyataan hari ini berkata sekatan perjalanan merupakan tindakan terakhir yang dikenakan sekiranya pembayar cukai gagal membuat bayaran terhadap baki cukai tertunggak (individu dan syarikat) selepas pelbagai peringatan dan notis telah diberikan.
Pembayar cukai perlu menyemak status tunggakan cukai mereka melalui portal MyTax pautan https://mytax.hasil.gov.my/ selain semakan sekatan perjalanan di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di https://sspi.imi.gov.my/sspi/.
Pembayar cukai dimohon membuat bayaran atau menghubungi pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai untuk membuat rundingan bayaran ansuran bagi membolehkan mereka meneruskan perjalanan ke luar negara.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen
#hasil
#semakan sekatan perjalanan
#tunggakan cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan