awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan anak kapal KD Perdana ditemui selamat - Najib

Bernama
Bernama
22/05/2017
15:40 MYT
Sembilan anak kapal KD Perdana ditemui selamat - Najib
Kapal KD Perdana dilapor terputus hubungan dengan bot yang membawa Tim Menggeledah ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili pada Sabtu lepas. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kesemua sembilan anak kapal KD Perdana milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang dilaporkan terputus hubungan sejak Sabtu lepas, telah ditemui dalam keadaan selamat.
"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kesemua sembilan anak kapal KD Perdana telah berjaya ditemui dalam keadaan selamat.
"Syabas kepada pasukan mencari dan menyelamat dan terima kasih kepada semua yang memberi bantuan," kata Najib melalui catatan di Facebook.
Terdahulu, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin mengesahkan bot KD Perdana itu berjaya dikesan di kedudukan 90 batu nautika timur Kuantan.
Bot yang dinaiki sembilan orang itu dikesan pesawat 'Beechcraft' milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) susulan penemuan awal oleh sebuah kapal dagang.
Kapal KD Perdana dilapor terputus hubungan dengan bot yang membawa Tim Menggeledah ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili pada Sabtu lepas.
TLDM dalam kenyataan hari ini berkata bot berkenaan diketuai seorang pegawai dan lapan anggota yang melaksanakan rutin rondaan maritim di kawasan perairan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak kapal
#bot
#Facebook
#KD Perdana
#Najib Razak
#TLDM
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan