awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semeru meletus, abu gunung berapi cecah 1,000 meter

Bernama
Bernama
04/04/2026
05:25 MYT
Semeru meletus, abu gunung berapi cecah 1,000 meter
Gunung Semeru, yang berketinggian 3,676 meter dari aras laut ialah gunung berapi tertinggi di wilayah itu dan kekal pada Status Tahap III (Amaran). - Gambar fail
Gunung Semeru di wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus sembilan kali awal Sabtu, dengan abu mencecah setinggi 1,000 meter.
Pegawai Pos Pemerhatian Gunung Berapi Semeru, Liswanto berkata gunung berapi itu kali pertama meletus pada 12.07 tengah malam waktu tempatan, manakala letusan terbaharu berlaku pada 6.22 pagi.
Kedua-dua letusan itu menghasilkan abu setinggi 700 meter di atas puncak.
Letusan paling kuat direkodkan pada 5.19 pagi, iaitu letusan kelapan, dengan abu mencapai kira-kira 1,000 meter di atas puncak, kata beliau seperti dipetik agensi berita ANTARA.
Gunung Semeru, yang berketinggian 3,676 meter dari aras laut ialah gunung berapi tertinggi di wilayah itu dan kekal pada Status Tahap III (Amaran).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#gunung berapi
#Gunung Semeru
#letusan gunung berapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan