awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semeru meletus empat kali, tiang abu setinggi 1,200m

Bernama
Bernama
03/04/2026
01:34 MYT
Semeru meletus empat kali, tiang abu setinggi 1,200m
Kepulan abu itu diperhatikan berwarna putih hingga kelabu, bergerak ke arah barat dengan intensiti tebal. - Foto fail/AP
Gunung Semeru, yang terletak di sempadan Kabupaten Lumajang dan Malang di Jawa Timur, meletus empat kali pada awal Jumaat, dengan tiang abu mencecah hingga 1,200 meter (m) di atas puncak.
Menurut laporan pegawai Pos Pemerhatian Gunung Berapi Semeru Sigit Rian Alfian, letusan pertama berlaku pada 12.32 tengah malam waktu tempatan namun tiada pemerhatian visual terhadap tiang abu direkodkan.
“Aktiviti itu dikesan oleh seismograf dengan amplitud maksimum 22 milimeter (mm) dan tempoh 155 saat,” menurut laporan Agensi Berita ANTARA.
Sigit berkata letusan kedua direkodkan pada 4.02 pagi, dengan tiang abu menjulang kira-kira 1,000 m di atas puncak atau 4,676 m dari paras laut.
"Kepulan abu itu diperhatikan berwarna putih hingga kelabu, bergerak ke arah barat dengan intensiti tebal. Aktiviti seismik menunjukkan amplitud maksimum 23 mm dan berlangsung selama 174 saat," katanya.
Semeru, gunung tertinggi di Pulau Jawa, meletus semula pada 4.20 pagi, menghantar tiang abu hingga 1,200 m di atas puncak (4,876 m dari paras laut).
Kepulan abu, yang juga berwarna putih hingga kelabu, bergerak ke arah barat daya dan barat, dengan amplitud seismik yang direkodkan 23 mm dan tempoh 169 saat,” katanya.
Letusan keempat berlaku pada 5.47 pagi, menghasilkan ketinggian tiang abu yang serupa kira-kira 1,200 m di atas puncak.
Abu bergerak ke arah barat dengan rakaman seismik menunjukkan amplitud maksimum 23 mm dan tempoh 179 saat.
Sigit berkata Semeru kekal pada status aktiviti gunung berapi Tahap III (Awas).

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Gunung Semeru
#meletus
#tiang abu
#lahar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan