awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seminar AI Teknologi Pendidikan medan praktikal, hasilkan natijah positif - IKIM

Faida Rahim
Faida Rahim
12/11/2024
05:51 MYT
Seminar AI Teknologi Pendidikan medan praktikal, hasilkan natijah positif - IKIM
Prof Muhammad Nur berkata, seminar ini menjadi salah satu medan perbincangan praktikal bagi memajukan AI sebagai alat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menganjurkan Seminar Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Teknologi Pendidikan pada 11 dan 12 November.
Pengerusi IKIM Prof Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, seminar ini menjadi salah satu medan perbincangan praktikal bagi memajukan AI sebagai alat penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
“Kepantasan teknologi AI mampu menghasilkan natijah positif dari segi teori dan amali kependidikan. Namun, tugasan mendidik manusia secara komprehensif iaitu proses ta’lim dan ta’dib hendaklah berjalan serentak.
“Jika tidak ada keseimbangan ini, kecanggihan AI boleh menimbulkan keraguan (skeptisme) terhadap Sang Pencipta Yang Maha Mengetahui lagi Maha Melihat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas perasmian Seminar Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Teknologi Pendidikan di Dewan Memorial Tun Hussein Onn, Arkib Negara Malaysia pada Selasa.
Dalam pada itu, seminar ini turut mendapat kerjasama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Mengulas lanjut, IKIM sebagai sebuah think tank (kumpulan pemikir) Islam yang berwibawa di negara ini perlu menjadikan AI, digital dan sebagainya sebagai satu projek penyelidikan masa hadapan dengan lebih serius.
“Selanjutnya, kewajipan kita juga di IKIM adalah untuk memastikan bahawa pendirian Islam sebagai sebuah agama peradaban tetap relevan dengan perubahan perubahan teknologi dunia yang sentiasa berubah,” katanya.
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#Kementerian Pendidikan
#IKIM
#Institut Kefahaman Islam Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan