awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semporna - Empat lelaki ditahan

Astro Awani
Astro Awani
06/03/2013
12:00 MYT
Semporna - Empat lelaki ditahan
Polis telah menahan empat lelaki dalam lingkungan umur 20 hingga 50 tahan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna baru-baru ini.
Kesemua mereka ditahan dalam operasi khas Jabatan Cawangan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira 5km dari Pekan Semporna.
Operasi khas itu, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung biasa, bermula pada 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari.
Carian mendapati dua buah rumah telah digeledah oleh pihak polis di mana dua daripada empat suspek itu ditahan.
Suspek ketiga ditahan ketika keluar dari belukar berdekatan dan suspek keempat ditahan selepas dikesan telah berkelakuan mencurigakan di dalam sebuah kenderaan.
Sabtu lepas, enam anggota polis telah terbunuh dalam serangan hendap oleh penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul sini.
Topic Berkaitan
#Lahad Datu
#Ops Daulat
#ops sulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan