awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua ahli PKR dalam pasukan saya - Azmin Ali

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
16/04/2014
23:32 MYT
Semua ahli PKR dalam pasukan saya - Azmin Ali
Azmin menyampaikan ucapan di majlis pelancaran Gagasan Keadilan Raya
Azmin menyampaikan ucapan di majlis pelancaran Gagasan Keadilan Raya
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Mohd Azmin Ali menegaskan sebarang bentuk gabungan yang akan menyebabkan parti itu hancur berantakan perlu dielakkan.
Azmin berkata ahli-ahli PKR tidak perlu mewujudkan kuasa ketiga sebaliknya hanya perlu menumpukan kepada satu kuasa iaitu kuasa keadilan.
"Bagi saya, seluruh anggota parti adalah pasukan saya di bawah naungan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya ketika menyampaikan ucapan di majlis pelancaran Gagasan Keadilan Raya di Auditorium Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.
Penyokong Azmin bersemangat
Penyokong Azmin bersemangat
Dalam ucapan itu juga Azmin turut menekankan perlunya ada kesetiaan kepada parti sebagai wadah perjuangan dan PKR sebagai sebuah parti perlu mempunyai idealogi.
Katanya, tanpa idealogi sebuah parti politik akan terumbang ambing dalam arus masa dan akan karam dalam budaya politik Machiavelli.
""Sebuah parti politik perlu mempunyai ideologi. Tanpa ideologi, parti akan terumbang-ambing dalam arus masa dan akan karam dalam budaya politik Machiavelli, melakukan apa sahaja untuk mendapat kemenangan, matlamat menghalalkan cara. Apa yang saya maksudkan sebagai ideologi adalah satu gagasan menyeluruh," katanya.
Azmin sekali lagi menegaskan PKR bukan parti untuk satu kaum semata-mata sebaliknya ia milik semua kaum yang mahu perubahan kepada negara.
"Sebagai Timbalan Presiden, saya telah menjelajah ke Ba’ Kelalan, Sarawak, ke Melalap di Tenom merentasi Banjaran Kroker, Sabah. Saya bertentang mata dengan orang Iban di Rumah Panjang Nanga Budu, Saratok; orang Kadazan di Kampung Pilantong, Lanok, Beluran.
"Saya memasuki kampung, estet dan kampung baru untuk menyelami hati nurani orang Melayu, India dan Cina. Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa KEADILAN (PKR) bukan parti Melayu. KEADILAN adalah parti seluruh anak Malaysia," katanya lagi.
Bacaan ikrar Gagasan Keadilan Raya
Bacaan ikrar Gagasan Keadilan Raya
Azmin bakal berhadapan dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Cabang Hulu Selangor Datuk K Ramachandran dalam persaingan jawatan timbalan presiden.
Di majlis pelancaran Gagasan Keadilan Raya itu, gambar-gambar tokoh terkemuka dari serata dunia seperti Ghandi, Soekarno dan Martin Luther King menghiasi poster Azmin.
Majlis itu dimulakan dengan pidato yang membicarakan tentang budaya dan polotik oleh aktivis budaya, Eddin Khoo dan bacaan puisi oleh Hasmi Hashim.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Keadilan Raya
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan