awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua sekolah di seluruh negara dibuka semula esok, kecuali Langkawi

Shuhami Zabri
Shuhami Zabri
06/10/2015
10:15 MYT
Semua sekolah di seluruh negara dibuka semula esok, kecuali Langkawi
Keputusan untuk menutup sekolah di Langkawi dibuat berdasarkan pemantauan bacaan IPU yang tidak banyak berubah sejak awal pagi tadi. - Gambar Fail
Semua sekolah di seluruh negara yang ditutup selama dua hari bermula Isnin, akan dibuka seperti biasa, esok.
Bagaimanapun, semua sekolah di daerah Langkawi diarah terus ditutup sehari lagi pada Rabu berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu yang masih tidak sihat.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, keputusan untuk menutup sekolah di Langkawi dibuat berdasarkan pemantauan bacaan IPU yang tidak banyak berubah sejak awal pagi tadi.
Menurutnya, penutupan itu akan membabitkan 28 sekolah dan 18,759 murid di daerah itu.
"Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di daerah tersebut akan penutupan ini dengan kadar segera.
Pada masa sama, Kementerian Pendidikan mahu semua jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah, termasuk pengurusan sekolah supaya memantau secara berterusan bacaan IPU dari semasa ke semasa.
"Sekiranya berlaku peningkatan ke tahap Tidak Sihat dan Sangat Tidak Sihat, maka pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan," kata kenyataan itu lagi.
Sehingga 5 petang tadi, IPU di Langkawi masih mencatatkan tahap tidak sihat iaitu 160.
Topic Berkaitan
#API
#IPU
#jerebu
#Kementerian Pendidikan
#Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan