awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senjata kimia VX hadir dalam bentuk berbeza, sukar dikesan - Pakar

Nuradilla Noorazam
Nuradilla Noorazam
25/02/2017
00:47 MYT
Senjata kimia VX hadir dalam bentuk berbeza, sukar dikesan - Pakar
Agen saraf VX dikenal pasti sebagai senjata kimia yang digunakan untuk membunuh Kim Jong Nam, abang tiri pemimipin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un, pada 13 Februari lalu. - Gambar fail
Komponen senjata kimia VX boleh dicampur aduk sebelum digunakan untuk meracun.
Menurut Pensyarah Kanan, Jabatan Kimia, Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Thahira Begum, bahan kimia yang juga agen saraf itu boleh didapati dalam bentuk cecair atau aerosol.
Jelasnya, itu menyebabkan usaha mengesan bagaimana bahan itu memasuki negara menjadi lebih sukar.
Thahira yang ditemu bual sewaktu Hari Ini 8 pada Jumaat, berkata racun VX dibuat dari unsur kimia fosforus yang sangat reaktif.
Racun itu mengandungi sulfur dan dalam bentuk cecair, hampir tidak dapat dibezakan dengan minyak pelincir.
“Ia adalah bahan tidak meruap dan wujud dalam bentuk cecair dan diklasifikasikan sebagai toksin saraf iaitu yang paling bahaya.
“Kerana ia boleh wujud di dalam bentuk cecair atau aerosol maka ia boleh disimpan dalam botol dan dibawa ke mana-mana seperti dalam botol minyak wangi.
“Komponen racun ini boleh dibawa berasingan dan dicampur di tempat kejadian,” katanya.
Selain itu, agen ini berkesan apabila menyentuh mangsa sama aa dalam keadaan cecair atau aerosol. Kesan terhadap mangsa mengikut jumlah pendedahan bahan itu.
“Sebagai contoh jika mangsa terdedah kepada lebih 30 hingga 50 miligram racun otot mereka akan kejang dan mereka akan mati secara tiba-tiba tetapi jika bahan itu sedikit dan hanya dirasai di udara maka mangsa akan menunjukkan sindrom normal seperti kerunsingan, tekanan darah naik, sakit kepala dan lain-lain lagi.
“Jika bahan ini berada dalam bentuk aerosol maka ia akan cepat hilang dan meruap di udara,” katanya.
Agen saraf VX dikenal pasti sebagai senjata kimia yang digunakan untuk membunuh Kim Jong Nam, abang tiri pemimipin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un, pada 13 Februari lalu.
Kesan bahan kimia itu dijumpai pada bahagian mata dan mulut mangsa setelah uji kaji sampel dilakukan Jabatan Kimia Negara.
Topic Berkaitan
#nerve agent
#racun
#thahira begum
#VX
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan