awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
07/05/2024
04:00 MYT
Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan
Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan itu diberkas di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi. - Gambar/ Bernama
SHAH ALAM: Seorang lagi individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan melibatkan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Ahad lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan itu diberkas di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi.
"Suspek berumur 30-an itu ditahan sekitar lewat petang Isnin, suspek akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk proses reman," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Polis sebelum ini memaklumkan seorang lelaki ditahan di Pandan Indah, Ampang pada Ahad berkaitan kejadian terbabit.
Lelaki berusia lingkungan 20-an itu direman dua hari sehingga siasatan lanjut selain bagi mengenal pasti motif kejadian.
Difahamkan dalam kejadian pada Ahad, pemain Selangor FC itu dihampiri dua individu bermotosikal sebelum bertindak menyimbah asid kepadanya.
Faisal kemudian dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan keadaannya dilaporkan stabil. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes simbah asid
#Faisal Halim
#motif kejadian
#identiti suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan