awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lelaki ditahan selepas ugut pegawai mahkamah, polis

Bernama
Bernama
11/11/2025
21:30 MYT
Seorang lelaki ditahan selepas ugut pegawai mahkamah, polis
Ramli berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 petang Selasa pegawai mahkamah dan anggota polis terbabit sedang menyempurnakan writ saman mahkamah tinggi di premis terbabit. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Seorang lelaki ditahan selepas bertindak memprovokasi dan menggugut Bailif Mahkamah Tinggi Shah Alam dan anggota polis yang menjalankan tugas di sebuah rumah di Pandamaran, Klang dekat sini.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Ramli Kasa berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 petang Selasa pegawai mahkamah dan anggota polis terbabit sedang menyempurnakan writ saman mahkamah tinggi di premis terbabit.
"Seorang lelaki yang berada di dalam premis tersebut telah memprovokasi pegawai mahkamah itu dan anggota polis, dengan bertindak memecahkan botol kaca serta melafazkan kata-kata ugutan.
"Tangkapan terhadap lelaki warga tempatan itu dibuat atas kesalahan menghalang penjawat awam untuk menjalankan tanggungjawabnya dan ugutan jenayah. Siasatan lanjut akan diteruskan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau dalam kenyataan sama menasihatkan orang ramai untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan atau bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ugut
#Bailif Mahkamah Tinggi Shah Alam
#polis
#writ saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan