awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang mangsa dikhuatiri terperangkap dalam kereta terjunam ke sungai

Bernama
Bernama
13/10/2025
14:20 MYT
Seorang mangsa dikhuatiri terperangkap dalam kereta terjunam ke sungai
Seorang mangsa dikhuatiri terperangkap di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga yang terjunam ke dalam Sungai Panchor. - Foto tular/via Sinar Harian
MUAR: Seorang mangsa dikhuatiri terperangkap di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga yang terjunam ke dalam Sungai Panchor, di sini hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh PBK I Nor Alfatah Omar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.42 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati sebuah kereta berwarna hitam terjunam ke dalam sungai dipercayai akibat kemalangan.
"Maklumat awal daripada saksi memaklumkan terdapat seorang mangsa, dipercayai pemandu, masih berada di dalam kenderaan tersebut. Usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kini sedang giat dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nor Alfatah berkata operasi turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Muar manakala identiti mangsa masih belum dikenal pasti.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Supt Muhammad Aidil Roneh Abdullah ketika dihubungi berkata operasi SAR masih dijalankan.
"Setakat ini, kami belum dapat pastikan sama ada mangsa yang terlibat seorang atau pasangan suami isteri," katanya ringkas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dikhuatiri terperangkap dalam kereta
#kereta terjunam dalam sungai
#Proton Saga
#Sungai Panchor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan