awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang pegawai khas SST di setiap negeri - Guan Eng

Bernama
Bernama
03/09/2018
22:26 MYT
Seorang pegawai khas SST di setiap negeri - Guan Eng
Lim berbincang bersama Saifuddin Nasution pada Taklimat SST di Seremban malam tadi. --fotoBERNAMA
Seorang pegawai khas berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilantik di setiap negeri untuk memberi penjelasan mengenai cukai berkenaan kepada semua pihak berkepentingan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Menurutnya, pegawai tersebut akan dipilih selain daripada pengarah dan beliau mestilah pakar dalam sistem percukaian ini.
"Kita tak nak lantik ramai sebab nanti akan ada tiga atau empat jawapan yang berbeza dan ini akan mengelirukan orang ramai," katanya semasa berucap di hadapan lebih 500 hadirin pada Taklimat SST bersama Menteri Kewangan di sini, malam tadi.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.
Selain itu, Guan Eng berkata, pegawai khas yang dilantik itu perlu menjawab segala aduan yang dikemukakan.
"Jika orang ramai ingin mendapatkan hitam putih (maklum balas bertulis), pengarah (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) di setiap negeri akan memberi jawapan dalam tempoh seminggu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cukai
#kastam
#Lim Guan Eng
#Negeri Sembilan
#pakar
#pegawai khas
#pengarah
#penjelasan
#Saifuddin Nasution Ismail
#SST
#taklimat SST
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan