awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit meningkat berbanding dolar AS susulan harapan terhadap rundingan AS-Iran
Senat AS sekat usaha Demokrat hadkan kuasa perang Trump terhadap Iran
ICRC hantar barangan bantuan pertama ke Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepak takraw: 10 negara tarik diri, saingan Divisyen 1 Piala Dunia 2026 dibatalkan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
15/04/2026
11:55 MYT
Sepak takraw: 10 negara tarik diri, saingan Divisyen 1 Piala Dunia 2026 dibatalkan
Saingan regu Divisyen 1 pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 bulan depan terpaksa dibatalkan susulan penarikan diri majoriti pasukan yang terjejas akibat konflik di Asia Barat. - Foto hiasan
Saingan regu Divisyen 1 pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di sini bulan depan terpaksa dibatalkan susulan penarikan diri majoriti pasukan yang terjejas akibat konflik di Asia Barat.
Setiausaha Agung Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) Datuk Abdul Halim Kader berkata 10 daripada 12 pasukan yang dijadualkan bertanding dalam divisyen berkenaan sah menarik diri.
“Daripada 12 pasukan dalam Divisyen 1, 10 telah menarik diri. Ada permohonan untuk naik ke Divisyen Premier tetapi itu tidak boleh dilaksanakan.
“Jadi, kami rasa sedih tidak dapat melaksanakan saingan Divisyen 1 tahun ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Undian Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Kompleks Akademi Sepak Takraw Malaysia di sini hari ini.
Sepuluh pasukan yang menarik diri ialah Bangladesh, Sri Lanka, Nepal, Kanada, Poland, Perancis, Amerika Syarikat, Timor-Leste, Arab Saudi dan Oman sementara Pakistan dan Iraq kekal ingin bersaing.
Kejohanan yang dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 23 Mei di Stadium Titiwangsa itu bagaimanapun tetap diteruskan bagi divisyen lain, termasuk Divisyen Premier yang menampilkan 14 pasukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sepak takraw
#Piala Dunia 2026
#ISTAF
#Abdul Halim Kader
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan