awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Pakistan komited teruskan pengantaraan Iran-AS - PM Shehbaz Sharif
8 kanak-kanak maut dalam insiden tembakan di Louisiana, AS
Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS

Sepanyol gesa EU tamatkan perjanjian persatuan dengan Israel

Agensi
Agensi
19/04/2026
23:19 MYT
Sepanyol gesa EU tamatkan perjanjian persatuan dengan Israel
Perdana Menteri, Pedro Sanchez mendakwa, Israel telah “melanggar undang-undang antarabangsa” dan justeru “tidak boleh menjadi rakan kongsi Kesatuan Eropah.” - Gambar Reuters
Sepanyol akan menggesa Kesatuan Eropah (EU) menamatkan perjanjian persatuan dengan Israel susulan dakwaan pelanggaran undang-undang antarabangsa, kata Perdana Menteri, Pedro Sanchez, pada Ahad.
Kerajaan Sepanyol sebelum ini lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berhubung konflik di Gaza serta serangan Israel ke atas Lubnan.
Netanyahu pula menuduh Sepanyol bersikap “hipokrit dan bermusuhan.”
“Pada Selasa, kerajaan Sepanyol akan mengemukakan satu cadangan kepada EU supaya Kesatuan Eropah memutuskan perjanjian persatuannya dengan Israel,” kata Sanchez ketika berucap pada satu perhimpunan politik di wilayah Andalusia.
Beliau mendakwa, Israel telah “melanggar undang-undang antarabangsa” dan justeru “tidak boleh menjadi rakan kongsi Kesatuan Eropah.”
“Semudah itu,” tegasnya.
Menteri Luar Israel, Gideon Saar, segera membalas menerusi hantaran media sosial dalam bahasa Sepanyol dengan menyatakan negaranya “tidak akan menerima syarahan hipokrit daripada pihak yang masih mengekalkan hubungan dengan rejim totalitarian”, sambil merujuk kepada Turkiye dan Venezuela di bawah kepimpinan bekas Presiden, Nicolas Maduro.
Perjanjian persatuan yang ditandatangani pada Jun 2000 itu merupakan satu perjanjian yang menetapkan rangka kerjasama antara EU dan Israel, dan mengandungi klausa yang mewajibkan penghormatan terhadap hak asasi manusia.
Sepanyol dan Ireland sebelum ini menggesa agar perjanjian tersebut dikaji semula pada 2024 susulan pengeboman Israel ke atas Gaza.
Keputusan Sepanyol mengiktiraf negara Palestin pada tahun yang sama turut mencetuskan kemarahan Israel, dengan Sanchez sejak itu meningkatkan kritikan terhadap kerajaan Netanyahu.
Pada Jumaat, Sepanyol bersama Ireland dan Slovenia menghantar sepucuk surat kepada Suruhanjaya Eropah menggesa agar perjanjian dengan Israel dibincangkan pada mesyuarat akan datang menteri-menteri luar EU.
Netanyahu pada awal bulan ini menuduh Sepanyol melancarkan kempen diplomatik bermusuhan terhadap Israel, selain menyekat penyertaan Madrid dalam kerja-kerja sebuah pusat yang diterajui Amerika Syarikat, yang ditubuhkan bagi membantu usaha menstabilkan Gaza pascaperang. - Agensi
Topic Berkaitan
#sepanyol
#EU
#Israel
#Kesatuan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.