awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serang polis guna pedang samurai, suspek cedera ditembak polis

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
20/05/2017
06:55 MYT
Serang polis guna pedang samurai, suspek cedera ditembak polis
Suspek cedera terkena tembakan oleh anggota polis di bahagian rusuk kanan, lutut kiri dan tangan kanan. - Foto PDRM
Seorang suspek pengedar dadah hampir maut akibat ditembak polis selepas bertindak menyerang anggota polis dengan menggunakan sebilah pedang samurai.
Kejadian berlaku di Hulu Tingkayu, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus yang mengesahkan kejadian berkata dalam kejadian pukul 10 pagi itu, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan apabila suspek bertindak menyerang anggota polis.
Susulan itu, suspek terkena tembakan di bahagian rusuk kanan, lutut kiri dan tangan kanan.
Fadil memberitahu, polis yang bertindak atas maklumat sebelum itu membuat serbuan terhadap suspek bersama seorang lagi rakannya yang sedang menunggang motosikal.
Rakan suspek bagaimanapun meloloskan diri.
Susulan itu, polis merampas bahan berhablur disyaki dadah dan sebilah pedang samurai.
Kes kini disiasat mengikut seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Dadah
#pedang samurai
#polis
#suspek
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan