Serangan dron cetus kebakaran, operasi lapangan terbang Dubai tergendala

Beberapa penerbangan turut dialihkan ke lapangan terbang lain termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum bagi mengurangkan gangguan operasi. -Foto Reuters
Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai digantung sementara selepas sebuah tangki bahan api berhampiran lapangan terbang itu terbakar.
Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Dubai, insiden itu berpunca daripada impak serangan dron sehingga menyebabkan kebakaran besar dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 4 pagi pada Isnin.
Pihak berkuasa memaklumkan kebakaran berjaya dikawal dan setakat ini tiada kecederaan dilaporkan.
Beberapa penerbangan turut dialihkan ke lapangan terbang lain termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum bagi mengurangkan gangguan operasi.
Sementara itu, syarikat penerbangan Emirates memaklumkan, sebahagian operasi penerbangan disambung semula secara berperingkat bermula kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan selepas situasi terkawal.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

