awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: 'Biar Trump hantar kapal ke Teluk kalau berani' - IRGC
Pentadbiran Trump dijangka umum pakatan iring kapal di Selat Hormuz
Konflik Asia Barat: Tehran sedia hadapi perang berpanjangan, Israel luaskan serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan sekolah meningkat, bekas PM Britain desak tribunal antarabangsa baharu

Astro AWANI
Astro AWANI
12/03/2026
06:44 MYT
Serangan sekolah meningkat, bekas PM Britain desak tribunal antarabangsa baharu
Brown (foto) berkata tindakan mengebom sekolah hingga mengubah institusi pendidikan menjadi “tanah perkuburan” adalah kegagalan jelas dalam tanggungjawab undang-undang untuk melindungi orang awam, khususnya kanak-kanak. -Gambar fail/Reuters
Bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, menggesa penubuhan sebuah mahkamah jenayah antarabangsa khas yang memfokuskan pendakwaan jenayah terhadap kanak-kanak susulan peningkatan drastik serangan ke atas kemudahan pendidikan dalam konflik global.
Brown berkata tindakan mengebom sekolah hingga mengubah institusi pendidikan menjadi “tanah perkuburan” adalah kegagalan jelas dalam tanggungjawab undang-undang untuk melindungi orang awam, khususnya kanak-kanak, lapor The Guardian.
Mahkamah yang dicadangkan itu akan mempunyai bidang kuasa khusus bagi melengkapi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), dengan tumpuan terhadap jenayah seperti pengeboman sekolah, penculikan pelajar dan penghambaan kanak-kanak oleh kumpulan bersenjata.
“Tiada tempat persembunyian bagi pemimpin yang membenarkan serangan ke atas kanak-kanak,” katanya sambil menegaskan bahawa mereka yang mengarahkan atau merestui serangan sedemikian perlu berdepan waran tangkap serta pendakwaan setaraf penjenayah perang lain.
Beliau turut menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memperkukuh mekanisme pemantauan dan pelaporan terhadap kanak-kanak dalam konflik bersenjata.
Gesaan itu dibuat susulan serangan terhadap sebuah sekolah rendah di Minab, Iran, yang mengorbankan lebih 160 murid perempuan baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Gordon Brown
#jenayah terhadap kanak-kanak
#mahkamah antarabangsa
#ICC
#serangan sekolah
#konflik global
#PBB
#Minab Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan