awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis rampas rokok seludup bernilai lebih RM2.6 juta dalam dua serbuan
Tentera AS lantik pegawai siasat serangan sekolah di Iran - Ketua Pentagon
Gempa bumi bermagnitud 6.5 gegar pesisir pantai tengah Chile - GFZ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan udara IDF berhampiran Pos MALBATT di Selatan Lubnan, tiada anggota cedera

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
13/03/2026
14:23 MYT
Serangan udara IDF berhampiran Pos MALBATT di Selatan Lubnan, tiada anggota cedera
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, serangan pertama berlaku kira-kira jam 2.35 pagi waktu tempatan pada 13 Mac 2026, dengan jarak anggaran antara 100 hingga 200 meter dari Pos Kawalan MALBATT 850-13. - Gambar fail
Serangan udara oleh Israel Defence Forces (IDF) dilaporkan berlaku berhampiran kedudukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 di kawasan operasi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), selatan Lubnan, awal pagi Jumaat.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, serangan pertama berlaku kira-kira jam 2.35 pagi waktu tempatan pada 13 Mac 2026, dengan jarak anggaran antara 100 hingga 200 meter dari Pos Kawalan MALBATT 850-13.
"Serangan tersebut dipercayai menyasarkan sebuah jambatan yang melintasi Sungai Litani sebelum satu lagi serangan susulan pada jam 3.02 pagi mengakibatkan kerosakan pada beberapa fasiliti serta penginapan anggota di kawasan berkenaan." katanya dalam satu kenyataan.
Ketika kejadian, seorang pegawai bersama lapan anggota lain-lain pangkat MALBATT 850-13 yang berada di Pos Kawalan telah diarahkan oleh Tactical Operations Centre (TOC) MALBATT untuk berundur sebagai langkah keselamatan.
Pasukan itu kemudian bergerak bersama 12 anggota Angkatan Tentera Lubnan ke lokasi selamat dan tiba pada jam 4.12 pagi waktu tempatan.
Menurutnya, tiada kecederaan dilaporkan melibatkan anggota MALBATT mahupun pasukan Lubnan, dan semua persenjataan serta peralatan berada dalam keadaan selamat. Pemeriksaan kesihatan turut dijalankan bagi memastikan semua anggota berada dalam keadaan baik dan kekal bersiap siaga.
Kementerian Pertahanan menegaskan keselamatan anggota Angkatan Tentera Malaysia yang melaksanakan misi pengaman di luar negara sentiasa menjadi keutamaan kerajaan, dan pihak Markas Angkatan Bersama akan terus memantau perkembangan situasi dengan kerjasama UNIFIL serta pasukan pengaman lain di kawasan operasi.
Topic Berkaitan
#Pos Kawalan MALBATT 850-13
#Menteri Pertahanan
#Mohamed Khaled Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan