awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serpihan roket China dilihat di ruang udara Kuching

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2022
00:30 MYT
Serpihan roket China dilihat di ruang udara Kuching
Agensi Angkasa Malaysia pada Jumaat memaklumkan, serpihan roket tersebut diramal memasuki ruang udara bumi bermula jam 4.24 petang pada 30 Julai hingga jam 12.24 tengah malam pada 1 Ogos. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Penduduk bandar raya ini gempar awal pagi tadi apabila dapat menyaksikan dengan jelas serpihan roket Long March 5b milik China yang melintasi ruang udaranya.
Proses re-entry serpihan roket ini dapat dilihat sekitar jam 12.50 pagi dan sempat dirakamkan dan dikongsi beberapa pengguna media sosial, yang kemudiannya menjadi tular.
Ia berbentuk bebola api panjang, seakan-akan meteor.
Agensi Angkasa Malaysia pada Jumaat memaklumkan, serpihan roket tersebut diramal memasuki ruang udara bumi bermula jam 4.24 petang pada 30 Julai hingga jam 12.24 tengah malam pada 1 Ogos.
Menurut agensi tersebut, roket Long March 5b dilancarkan dari tapak pelancaran Wenchang Spacecraft pada 24 Julai untuk menghantar modul Wentian ke stesen angkasa Tiangong.
BACA: Serpihan roket China dijangka terhempas ke bumi, berpotensi jatuh di kawasan berpenduduk
Disebabkan seretan atmosfera yang kuat pada orbit rendah bumi, serpihan ini akan memasuki atmosfera bumi beberapa hari selepas penghantaran tersebut.
Agensi tersebut turut menasihati orang ramai agar tidak terlalu bimbang terhadap objek re-entry terbabit kerana keberangkalian ia menimpa manusia atau merosakkan mana-mana struktur bangunan adalah rendah.
Topic Berkaitan
#Kuching
#China
#roket Long March 5b
#objek re-entry
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan